Monday, 22 July 2013

JOM KITA KONGSI MAKLUMAT PENGIRAAN LUAS TANAH ...


Salam semua yang  masih  setia dengan blog saya... 
Kali ini saya nak kongsi maklumat tentang kiraan keluasan tanah..
Bulan Ramadhan yang mulia ini saya tidak turun ke tanah untuk buat kerja kebun ...


Keluasan tanah

1 hektar = 2.471054 ekar
1 hektar = 3.4749196 relung persegi
1 hektar = 10 km persegi

1 ekar = 4046.86 meter persegi (4.046.86 km persegi)
1 ekar = 0.4047 hektar
1 ekar = 1.40625 relung persegi


1 relung = 2,877.764 meter persegi (2.877.764 km persegi)
1 relung = 0.28777 hektar
1 relung = 0.71111111 ekar

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI 1434
PETA KE KAMPUNG SUNGAI DARA, TANJUNG MALIM.

Tuesday, 4 June 2013

PROJEK TANAMAN SERAI JUN 2013.

Selamat Datang ke Kg. Sungai Dara Behrang Hulu Tanjung Malim.
Laluan utama menuju ke Gunung Liang.
Gunung Liang 6343 kaki, Tanjung Malim Perak.
Salam semua...
Syukur pada Allah atas apa yang telah di berikan. Semoga segala usaha akan berjaya.
Pemandangan di belakang saya tu namanya Gunung Liang,
Ada yang mengatakan ia berada di banjaran titiwangsa.

28 MEI 2013.
Sebelum menjalankan kerja-kerja menanam serai, mesti nak buat barisan guna tali.

Ni semua benih serai yang baru di ambil dari Beranang. Semuanya ada 6000 batang.

Masa cuti sekolah ni ramai yang ambil peluang cari duit.
Rajin budak-budak kampung Sg. Dara ni.
Bukan senang nak ajak dan latih budak-budak baya ni untuk berkebun.


Nasib baik tanah lembut... Semalam ada hujan dan memudahkan lagi kerja tanam.

Inilah contoh serai yang sudah di tanam.

Semuanya ada 32 barisan. 1 barisan boleh dapat 120 lubang serai.

Sebelum ni kami ada tanam serai wangi (Sebelah kiri).
Ada le 10 perdu. Tanam untuk buat benih.

Bertungkus lumus dorang menanam.
Dah masuk hari kedua. Syukur semalam juga hujan.
Ini lah kampung yang kami cintai..
Kg. Sungai Dara Tanjung Malim Perak.
Tidak jauh dari bandar Tanjung Malim dan Proton city.

Dah masuk hari ketiga kami buat kerja..
Sebelum buat kerja kami makan pagi bersama di warung abang Jam.

Ni hero kami... Abg Jebat sebagai penyelia kawasan.
Arahan kerja dan Perancangan dia yang aturkan.


Masuk hari ke-4. Kerja-kerja pembersihan kawasan yang bersemak dan penuh kayu.
Cadangan untuk tanaman serai juga.

Rm 380.00 sewa sehari ngan Mr siong ni.
Masih murah di sini. kerja pun kemas.

Ini lah hasilnya. ada le setengah ekar. Lepas la kalau nak tanam 2000 batang.

Kawasan yang telah dibersihkan..


Projek ni akan mula 3 hb Jun 2013. Mungkin ambil masa 3 hari.

Aksi seorang hang jebat tika kala senja menjelma.

Baru sahaja buat tali untuk sempadan tanaman serai.

Keletihan. Tidur sebentar...

PERTANIAN ADALAH SUNNAH


Thursday, 23 May 2013




SELEPAS TANAH DI USAHAKAN...



POKOK KELAPA MATAG DAN ANAK POKOK KELAPA MATAG.

Doakan kami berjaya...
Kami sudah menanam sebanyak 180 pokok dengan keluasan 2 ekar.

Friday, 17 May 2013

KEBUN KELAPA MATAG SG. DARA TG. MALIM

Tanaman Kelapa Matag.  Baru saja di tanam. Sept 2012
Keseluruhan barisan tanaman Kelapa Matag yang baru selesai ditanam.

Sebulan selepas itu...

Memerlukan jarak yang jauh jugak.. syor 20 kaki hingga 28 kaki sudah memadai.
Februari 2013.
Baru saja kami siapkan tangki dan motor pam untuk ke seluruh pokok Kelapa Matag.
Yang dok berdiri tu abang sulung saya. 

Kecil je motor yang kami gunakan. 1 hp je..
Boleh untuk 400 pokok. boleh pergi sejauh 2 ekar lebih.

Dorang berdua ni tengah pasang paip kapilari. Senang je..
Rajin membantu, Dorang ni blajar lagi.
Yang baju oren tu blajar kat universiti, yang sorang lagi adik bongsu, blajar kat MRSM. 

Ni dia contoh paip 16mm yang melalui semua pokok.  Paip kapilari untuk ke pangkal pokok.

April 2013. Sihat membesar. Benih dari United plantation Bagan Datoh Perak.. Alhamdulillah.
Hilangkan penat. Mandi sungai belakang kebun aje.

Doakan kami berjaya tangkap ikan tengas. banyak siot...

Tak biasa mandi sungai sejuk walaupun jam 1 petang.


Untuk tanaman selingan kami buat projek tanaman limau nipis dan limau kasturi.
Benih dari jabatan pertanian SERDANG.
MEI 2013. Ini kawasan yang ditolak dulu naik semak balik.
Cadang nak wat tanaman 60 pokok limau  nipis, limau kasturi dan limau purut.

Kawasan yang telah kami racun. Projek Jun 2013.

Ditengah kelapa matag, kami buat selingan pokok limau kasturi dan pokok limau nipis.