Thursday, 23 May 2013




SELEPAS TANAH DI USAHAKAN...



POKOK KELAPA MATAG DAN ANAK POKOK KELAPA MATAG.

Doakan kami berjaya...
Kami sudah menanam sebanyak 180 pokok dengan keluasan 2 ekar.

Friday, 17 May 2013

KEBUN KELAPA MATAG SG. DARA TG. MALIM

Tanaman Kelapa Matag.  Baru saja di tanam. Sept 2012
Keseluruhan barisan tanaman Kelapa Matag yang baru selesai ditanam.

Sebulan selepas itu...

Memerlukan jarak yang jauh jugak.. syor 20 kaki hingga 28 kaki sudah memadai.
Februari 2013.
Baru saja kami siapkan tangki dan motor pam untuk ke seluruh pokok Kelapa Matag.
Yang dok berdiri tu abang sulung saya. 

Kecil je motor yang kami gunakan. 1 hp je..
Boleh untuk 400 pokok. boleh pergi sejauh 2 ekar lebih.

Dorang berdua ni tengah pasang paip kapilari. Senang je..
Rajin membantu, Dorang ni blajar lagi.
Yang baju oren tu blajar kat universiti, yang sorang lagi adik bongsu, blajar kat MRSM. 

Ni dia contoh paip 16mm yang melalui semua pokok.  Paip kapilari untuk ke pangkal pokok.

April 2013. Sihat membesar. Benih dari United plantation Bagan Datoh Perak.. Alhamdulillah.
Hilangkan penat. Mandi sungai belakang kebun aje.

Doakan kami berjaya tangkap ikan tengas. banyak siot...

Tak biasa mandi sungai sejuk walaupun jam 1 petang.


Untuk tanaman selingan kami buat projek tanaman limau nipis dan limau kasturi.
Benih dari jabatan pertanian SERDANG.
MEI 2013. Ini kawasan yang ditolak dulu naik semak balik.
Cadang nak wat tanaman 60 pokok limau  nipis, limau kasturi dan limau purut.

Kawasan yang telah kami racun. Projek Jun 2013.

Ditengah kelapa matag, kami buat selingan pokok limau kasturi dan pokok limau nipis.